Showing posts with label CERKON-Cerita Kontot. Show all posts
Showing posts with label CERKON-Cerita Kontot. Show all posts

Friday, May 8, 2009

Catatan 100 hari Jamlus Marcosa #3

Pagi itu keluarga terdekat Jamlus Marcosa datang melawat dengan harapan Jamlus akan sembuh secepat mungkin. Ahmad Marcosa, datang mendapatkan adiknya itu. Matanya merah menahan sebak melihat keadaan Jamlus. Segala egoisnya telah cair bagaikan ketulan ais yang dibakar matahari.

Tinggal 36 jam lagi sebelum tarikh Jamlus Marcosa bertolak ke Calcutta. Kelihatan cecair mengalir di celah mata Jamlus. Perlahan-lahan kelopak mata Jamlus terbuka. Ahmad Marcosa tersenyum dalam tangisan itu. Mungkin ada peluang lagi untuk dia menebus segala kesalahan yang dilakukan terhadap adiknya dahulu. Tapi mungkin juga Ahmad Marcosa sudah terlambat. Badan Jamlus dipeluk erat oleh abangnya itu. Dahinya dicium sebagai tanda rindu seorang abang terhadap adiknya. Ingin juga Jamlus Marcosa memeluk abangnya tetapi badannya tak berdaya untuk bergerak.

Masa terus berlalu. Hari ini adalah hari sepatutunya Jamlus bertolak ke Calcutta. Mata Jamlus kelihatan sayu. Sedikit pun tidak kelihatan sinar cahaya di mata hitam Jamlus itu. Kalau dilihat dari sisi, kelihatan hidung Jamlus seakan-akan jatuh tetapi tidaklah begitu ketara. Hujung telinganya pula kelihatan seakan-akan layu masuk ke dalam bahagian telinganya.

Ahmad begitu sedih melihat keadaan adiknya itu. Dia tahu, itu adalah sebahagian tanda-tanda sebelum menemui ajal. Kadang-kadang Jamlus Marcosa seakan-akan tersenyum namun kadang-kadang wajahnya seperti menahan sakit. Jamlus merasakan sejuk di bahagian pusatnya. Perlahan-lahan rasa sejuk itu turun ke pinggang lalu naik ke bahagian halkumnya.

Ahmad Marcosa menunudukkan kepalanya sedikit ke arah Jamlus. Muncungnya diacukan ke arah telinga adiknya itu. Telapak tangannya digosok-gosokkan di dahi Jamlus. Lalu, Ahmad membisikan kalimah Lailahaillallah…..

Mengucap Jamlus. Lailahaillallah…… Laillahaillallah…. Muahammadarasulullah...Mengucap Jamlus.. Laa…ilahaillallah…Maafkan abang...Maafkan abang Jamlus…Bukan niat abang nak buat kau begini…Mengucap Jamlus...ikut abang...Laaa....ila..haillallah......

Ahmad menahan sebak melihat bibir adiknya seakan-akan ingin berkata sesuatu. Adiknya kini dalam keadaan nazak. Bibir Jamlus Marcosa kelihatan seolah-olah tersenyum bagaikan sedang melihat sesuatu pemandangan yang indah dihadapan mata halusnya itu. Mungkin juga kerana dia lega. Lega kerana akhirnya dia dapat bertemu dengan abang kandungnya sendiri setelah sekian lama menahan kerinduannya.

Laaaaa……ila…..haillallah…………Jamlus Marcosa menghembuskan nafas terakhirnya. Tiada apa yang terungkap dari mulut Ahamad Marcosa. Lalu tangannya disapukan perlahan-lahan ke mata adiknya itu.

Petang itu Jamlus Marcosa pergi buat selama-lamanya. Pada petang itulah juga dia sepatutnya bertolak ke Calcutta untuk misi keamanan. Biarpun disaat Izrail datang menjemput, niat Jamlus Marcosa untuk bertemu dengan abang kandungnya ahirnya kesampaian...Mungkin pertemuan yang singkat itu juga memberi suatu pengajaran yang besar kepada Ahmad Marcosa..Al-Fatihah...

Catatan 100 hari Jamlus Marcosa #2

Saban hari bayangan lelaki itu terus muncul dalam hidup Jamlus Marcosa. Hatinya penuh diisi dengan tanda tanya. Kadang-kadang disisi matanya kelihatan kelibat seorang lelaki berjubah memegang tongkat. Namun bila dipandang pada tempat lelaki itu muncul, dia hilang meninggalkan seribu tanda tanya. Hanya tinggal 7 hari lagi untuk Jamlus bertolak ke Calcutta. Namun hatinya untuk bertemu abang kandungnya itu masih belum terbuka walaupun rindunya terhadap Ahmad Marcosa kian mendalam. Tidurnya sering dibayangi mimpi-mimpi aneh. Rindu yang kuat terhadap abangnya bagaikan ombak menghempas batu di tepian pantai. Reda seketika kemudian datang kembali tanpa mengenal waktu.

Hampir sebulan Jamlus tiada selera makan. Namun, sejak akhir-akhir ini seleranya makin menjadi-jadi. Pantang ada makanan di depan mata pasti licin dikerjakannya. Amal ibadah makin rajin dilakukan berbanding kehidupan lampaunya, masanya lebih banyak dihabiskan dengan berfoya-foya.

3 hari sebelum tarikh bertolak ke Calcutta, pagi itu sungguh mendung. Kicauan sendidit dihalaman rumah Jamlus menambahkan lagi rasa pilu dipagi itu. Kereta Iswara tahun 90-an itu dihidupkan. Jamlus ingin ke ibu pejabat tentera untuk mengambil tiket penerbangannya ke Calcutta. Paddle minyak ditekan sambil mendengar nyanyian Shiela Majid dicorong radio. Keretanya dipandu semakin laju. Matanya memerhatikan dihadapan. Namun, fikirannya melayang-layang memikirkan keadaan dirinya sejak akhir-akhir ini. Sebaik sahaja kereta itu melepasi sebuah persimpang, muncul seorang lelaki di hadapan keretanya secara tiba-tiba. Jamlus teperanjat. Cemas. Tanpa disedari, minda separa sedarnya mengarahkan kakinya memberhentikan kereta itu. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Kereta yang laju itu gagal dikawal oleh Jamlus akhirnya terbabas menyusur ke bahu jalan. Kepala Jamlus terhantuk pada steering Iswara itu lalu sedikit cecair merah muncul di dahinya.

Mujurlah ada insan yang memerhatikan kejadian itu. Jamlus dihantar ke hospital untuk dirawat. Doktor mengatakan ada pendarahan beku dibahagian kepala Jamlus. Kedaannya begitu krtikal menyebabkan dia dirawat di unit rawatan rapi. Sejak kemalangan itu Jamlus masih belum sedarkan diri.

Sunday, May 3, 2009

Catatan 100 hari Jamlus Marcosa #1

Pagi ini lelaki berbadan tegap itu melangkah seperti biasa, menghayun kaki dengan penuh keyakinan. Mencari rezeki demi sesuap nasi. Rindu hati Jamlus terhadap abangnya Ahmad Marcosa kian terasa. Kisah hitam itu masih terngiyang2 dibenaknya. Bagai semalam kisah itu terjadi walaupun sudah 5 tahun berlalu. Biarlah…Biarkan masa menentu. Suatu hari pasti dia akan bertemu dengan abangnya.Walaupun jasad sudah berpisah dengan nyawa. Dalam kiraannya masih ada 100 hari lagi sebelum dia berlepas ke Calcutta. Kalau boleh, teringin rasa hati menatap wajah abang kandungnya sebelum dia meninggalkan Malaysia.

Petang itu, Jamlus menunaikan solat asar. Sekian lama air wuduk tidak menyentuh kulitnya. Hidupnya kini sudah berubah. Dia betul2 ingin insaf.

Sesudah memberi salam,Jamlus merasakan seluruh badannya bergetar. Menggigil. Tetapi tidaklah begitu ketara. Namun,rasanya mengasyikkan. Dia tersandar di dinding putih itu. Songkok hitam di atas kepala nya diletakkan diribanya. Entah kenapa dia merasakan seolah2 masanya sudah tiba. Mungkin Dia Maha Pecipta ingin menjemput pulang. Jamlus beristighfar panjang.

Jamlus memandang kalendar buruk itu. Masih ada 40 hari lagi untuk dia berlepas. Sedikit persiapan sudah mula dilakukan walaupun hatinya berat ingin meninggalkan Malaysia. Petang asar itu, songkok peninggalan arwah ayahnya dicapai. Dia bediri tegak. Hatinya kusyuk menghadap ilahi. Sesaudah solat, dia melemparkan badannya di atas sofa itu. Tangannya diletakkan ke dahi. Fikiran Jamlus melayang dalam ketenangan petang itu.

Namun ketenangan petang itu hanya seketika. Tiba-tiba pusatnya berdenyut. Terasa sedikit sakit diperutnya. Tangannya ditekapkan ke pusatnya itu. Peluh dingin mula mengalir dicelah2 liang romanya. Jamlus terpandang di sudut peti ais. Sekilas pandang kelihatan bayang seorang lelaki berbadan tegap memerhatikannya. Namun bila diperhatikan betul-betul, tiada apa pun di situ. Hatinya berdegup laju. Bimbang. Fikirannya berkecamuk. Siapakah laki2 yg menjelma itu. Memang kelibat lelaki itu sering mucul sejak kebelakangna ini. “Ya Allah jika Kau ingin menjemput nyawa ku…Cabutlah nyawa ku dalam keadaan orang beriman.”

Bersambung...