Showing posts with label Diari Ahmad Marcosa. Show all posts
Showing posts with label Diari Ahmad Marcosa. Show all posts

Thursday, April 16, 2009

Diari Ahmad Marcosa 3

Jam dinding menunjukkan pukul 12. Tapi malangnya jam itu kehabisan bateri, bateri sedozen yang aku beli di Myden dah habisku gunakan. Mengikut pengamatan aku, malam itu baru sekitar pukul 9 malam...

Hatiku terus tertanya-tanya, dari manakah datang suara itu...jari jemariku mengaru2 kepala yang tak berapa nak gatal tu...lalu aku aku melangkah masuk, tak sedap hati..pintu itu aku tutup rapat2...takut2 kalaulah yang memberi salam tadi hantu mungkin hantu itu mampu menembusi dicelah2 pintu dan mengigit leherku....

Sebaik sahaja pintu ditutup rapat, kedengaran suara kembali memberi salam....aduhh....sape pulak ni..peluh sejuk ku deras mengalir, jantungku berdegup laju bagai debaran seorang ayah menanti anak yang baru lahir di pintu wad bersalin....ahh..aku memberanikan diri.. ku genggam erat tombol pintu itu. Lalu aku buka pintu itu sambail menyahut salam itu.

waalaikumsalam...

Huh! Terperanjat beruk aku melihat seorang wanita seumur emak aku betul2 bediri tegak di depan mataku. Walaubagaimanapun, hatiku yg berdebar tadi kembali lega apabila aku menyedari wanita di depan mataku adalah mak cik Emon..jiran berdekatan rumahku.huhu

hah!Mak cik Emon..sape la sy igat tadi..

..oi Mad...nape lame bebenor nak bukak pintu..puas aku tunggu kat luar ni.

yeke cik Mon..sorry la yer...tadi sy dah bukak pintu takde plak org kat luar ni...

..mane tak nye..dari tadi aku tunggu, ko tak bukak2 pintu..perut mak cik ni sakit nak tekencing..aku balik la umah jap....nah! ambik ni..kueh apam, makan la,saje acik buat lebih,buleh bagi ko sket...








Tuesday, April 14, 2009

Diari Ahmad Marcosa 2

....assalamualaikum……assalamualaikum…assalamualaikum.....siapa pulak ni bagi salam tengah-tengah malam? potong stim betul la… jari telunjuk yang asyik menggerudi lubang hidungku tadi kaget!..berhenti dengan tiba-tiba. Berhenti tanpa ada paksaan. Aku bangun mendapatkan suara itu, lalu, perlahan-lahan aku memusingkan tombol pintu..aku buka pintu kayu itu sedikit.

Waalaikumsalam…………

Pelik…..tiada siapa yang ada di depan pintu, aku melihat kiri dan kanan, tiada apa yang kelihatan melainkan hanya seekor anjing kurap. Seram sejuk pulak aku rasa….Perasaan aneh, takut, seram, ingin tahu dan segala jenis perasaan mula menyelubungi diriku..dari manakah datang suara itu..kenapa dia memberi salam kemudian pergi begitu saje..kenapa?



Diari Ahmad Marcosa 1



Inilah kehidupan..kadang kala naik kadang kala nya turun..dan kadang2 turun tak naik2….sungguh membosankan kalau takde kerja yang menarik nak dibuat. Malam ni seperti biasa.Aku melabuhkan punggung ku yg agak seksi ini ditilam…ermm…sungguh empuk…walaupun hanya senipis plywood…aku tak kesah.. yang penting..tilam itulah yang menjadi tempat untuk punggung ku berlabuh….seperti kapal-kapal yang berlabuh di port klang untuk menurunkan kontena2 yg begitu banyak…. Setelah itu, kaki yang agak berbulu itu aku silangkan erat-erat… sambil mataku lurus dan tulus memandang kipas yg berpusing…hitam warna kipas itu…seingat aku sejak 3 tahun dahulu, waktu mula2 aku pindah ke bilik ini, itulah kali pertama aku membasuh kipas itu…fikiran ku melayang….terbang jauh melepasi awan2 biru….kadangkala terbang jauh melepasi International Space Station(ISS)..sempat berjumpa dengan syekh muzaffar…huhu… erm panas pulak badan ini.. butang baju kemeja kepunyaan abah yang aku cilok itu aku tanggalkan perlahan, lalu aku lemparkan nya dikaki meja…..erm bosan sungguh malam ini..Bosan yang teramat sangat..bosan yang tak dapat diungkap oleh mana2 kamus dewan bahasa dan pustaka….ahhh…ape nak buat ni.. Fikiran ku kusut…tiba-tiba tanpa ku sedari jari jemari ku yang longlai tersusun dengan sendirinya selurus tombak..lalu menyusup ke dalam lubang hidungku…..ermmmmmm…..tenang fikiran ku buat seketika..rasa bosan yang menghatui diriku tadi..hilang secara tiba2….aku meneruskan kerja kuitu…makin lame makin asyik……sedap………