Friday, May 8, 2009

Catatan 100 hari Jamlus Marcosa #2

Saban hari bayangan lelaki itu terus muncul dalam hidup Jamlus Marcosa. Hatinya penuh diisi dengan tanda tanya. Kadang-kadang disisi matanya kelihatan kelibat seorang lelaki berjubah memegang tongkat. Namun bila dipandang pada tempat lelaki itu muncul, dia hilang meninggalkan seribu tanda tanya. Hanya tinggal 7 hari lagi untuk Jamlus bertolak ke Calcutta. Namun hatinya untuk bertemu abang kandungnya itu masih belum terbuka walaupun rindunya terhadap Ahmad Marcosa kian mendalam. Tidurnya sering dibayangi mimpi-mimpi aneh. Rindu yang kuat terhadap abangnya bagaikan ombak menghempas batu di tepian pantai. Reda seketika kemudian datang kembali tanpa mengenal waktu.

Hampir sebulan Jamlus tiada selera makan. Namun, sejak akhir-akhir ini seleranya makin menjadi-jadi. Pantang ada makanan di depan mata pasti licin dikerjakannya. Amal ibadah makin rajin dilakukan berbanding kehidupan lampaunya, masanya lebih banyak dihabiskan dengan berfoya-foya.

3 hari sebelum tarikh bertolak ke Calcutta, pagi itu sungguh mendung. Kicauan sendidit dihalaman rumah Jamlus menambahkan lagi rasa pilu dipagi itu. Kereta Iswara tahun 90-an itu dihidupkan. Jamlus ingin ke ibu pejabat tentera untuk mengambil tiket penerbangannya ke Calcutta. Paddle minyak ditekan sambil mendengar nyanyian Shiela Majid dicorong radio. Keretanya dipandu semakin laju. Matanya memerhatikan dihadapan. Namun, fikirannya melayang-layang memikirkan keadaan dirinya sejak akhir-akhir ini. Sebaik sahaja kereta itu melepasi sebuah persimpang, muncul seorang lelaki di hadapan keretanya secara tiba-tiba. Jamlus teperanjat. Cemas. Tanpa disedari, minda separa sedarnya mengarahkan kakinya memberhentikan kereta itu. Semuanya berlaku secara tiba-tiba. Kereta yang laju itu gagal dikawal oleh Jamlus akhirnya terbabas menyusur ke bahu jalan. Kepala Jamlus terhantuk pada steering Iswara itu lalu sedikit cecair merah muncul di dahinya.

Mujurlah ada insan yang memerhatikan kejadian itu. Jamlus dihantar ke hospital untuk dirawat. Doktor mengatakan ada pendarahan beku dibahagian kepala Jamlus. Kedaannya begitu krtikal menyebabkan dia dirawat di unit rawatan rapi. Sejak kemalangan itu Jamlus masih belum sedarkan diri.

No comments: